YA ALLAH...YA TUHANKU...
AMPUNILAH AKU, RAHMATILAH AKU, CUKUPKANLAH AKU,ANGKATLAH DARJATKU, BERIKANLAH AKU REZEKI,BERIKANLAH AKU PETUNJUK, AFIATKANLAH AKU DAN MAAFKANLAH AKU... AMIN...

Saturday, November 27, 2010

HBMT 2103 - TEACHING MATHEMATICS IN YEAR 2




FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR 2



NAMA: ROHAYATI BINTI LATEH
NO.MATRIC:  OUM 800922115222002
NO. I/C 800922-11-5222
NO.TEL:012-2866272


 TUTOR : PN ZAITUN BT OTHMAN
SEMESTER: SEPTEMBER 2010 (KOHOT 7)



PENGENALAN

            Matematik ialah suatu cara yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa besar, berapa cepat, berapa panjang, berapa luas, berapa ruang dan sebaginya. Ia juga merupakan satu cabang ilmu yang berguna kepada ahli saintis fizik dan social, ahli falsafah, ahli logic dan artis.

            Sebagaimana yang telah di ketahui, matematik ialah satu cara berfikir yang sistematik. Oleh itu pembelajaran matematik melatih manusia bertaakul secara logic dan rasional. Matemtaik adalah berkaitan dengan kehidupan manusia. Kebanyakan perkara atau peristiwa yang berlaku setiap hari adalah tidak terpisah dari matematik.

            Sukatan Pelajaran Matematik KBSR tidak banyak berbeza dengan Kurikulum Matematik Moden. Perbezaannya hanyalah pada penyususnan semula isi kandungan pelajaran selaras dengan perkembangan daya penyerapan murid-murid, yang mana sukatan pelajaran dibahikan kepada dua iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

            Perancangan KBSR bertujuan memberi setiap orang murid mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan lazim masyarakat yang diingini. Murid-murid di beri bimbingan dan dan galakan yang seluas-luasnya untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Peluang yang ada juga dapat membolehkan mereka memperkembangkan bakat, minat dan daya kreativiti dalam bidang yang mereka minati.

            Setiap hari kita menggunakan pengukuran dalam kehidupan kita. Dalam KBSR pengukuran merupakan salah satu topic yang dimasukkan dalam huraian sukatan pelajaran bermula dari tahun 2. Dengan alas an kerana ianya mempunyai banyak aplikasi praktikal dala situasi kehidupan sebenar. Kaedah pengukuran juga dapat membantu kita mengajar operasi nombor.


QUESTION
Misconceptian on capacity may arise among the students while teaching Volume of Liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE(1) video in the internet that show how to volume of liquid are measured. Create TWO(2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO(2) teaching activities; each for high achiever students and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submint link to your blog.   

a) Find ONE(1) video in the internet that show how to volume of liquid are measured.

            Video pengukuran isi padu cecair dapat dilihat di video bar pada bahagian atas  di dalam blog saya iaitu http://rohayatilateh.blogspot.com . Video ini saya perolehi daripada Youtube Video. Ia amat berguna dan dapat membantu guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutama pada topik cecair dan isipadu.



b) Create TWO(2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better.

Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair
            Ianya merupakan salah satu langkah dalam pengukurun isipadu cecair iaitu mengetahui apa yang anda sukat. Ianya menjadi satu perkara yang besar bagi murid-murid dan merasakan bahawa topik ini amat sukar untuk difahami.

Mengadakan Perbandingan
        Apabila murid sendiri mengadakan perbandingan-perbandingan ini, mereka akan dapat mempertingkatkan kefahaman mereka tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan. Selaian itu juga mereka juga dapat mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Ini juga dikenali sebagai pra-pengukuran kerana tidak melibatkan sebarang nombor.

Di antara bahan yang boleh kita gunakan dalam sesi pengajaran pembelajaran Topik Cecair dan Isipadu ialah

Botol air mineral, cawan plastic, jug, gelas, pewarna


Botol Air Mineral
Pewarna
Jug
Gelas




Cawan Plastik


Bahan-bahan tersebut bukan sahaja murah tetapi juga ekonomi yang mana guru dan murid tidak memerlukan belanja yang tinggi untuk menyediakan bahan. Guru boleh menyediakan bahan-bahan terpakai ini dengan harapan supaya dapat mengingatkan kepada murid-murid tentang penjagaan alam sekitar dan memperkenalkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Penggunaan bahan-bahan ini amat sesuai digunakan untuk kedua-dua aras pembelajaran murid. Sama ada murid yang mempunyai aras pembelajaran yang tinggi ataupun yang mempunyai aras pembelajaran yang rendah.

Sebagaimana yang ditekankan dalam KBRS, yang mana guru bertindak sebagai fasilitator dan murid menjalankan aktiviti topic ini amat sesuai dilaksanakan. Murid boleh menjalankan aktivit pembelajaran bersama ahli kumpulan masing. Setelah itu dengar arahan guru untuk meneruskan aktiviti. Guru juga perlu memberi arahan dengan jelas supaya murid dapat menjalankan akitviti dengan seronok.

Berpandukan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Mathematics Year 2 murid akan mempelajari  tentang penuh, separuh penuh dan kosong juga mengkaji perbandingan kapasiti di antara dua bahan. Contoh:-
tin biskut dan gelas: isi padu cecair yang mana lebih banyak
            gelas dan cawan: adakah isi padu air dua bahan tersebut sama
           
            Untuk membuat perbandingan langsung, guru memrlukan beberpa jenis pengisi, contohnya air dan pasir yang senang diperolehi di sekolah. Guru boleh menggunakan pelbagai warna untuk diletakkan ke dalam air  kerana ianya boleh menarik minat murid. Dengan bekas yang dibekalkan, murid-murid dapat mangisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih.


c) Create TWO(2) teaching activities; each for high achiever students and low achiever students. 

Aktiviti 1(aras pencapaian tinggi)
Hasil pembelajaran      : mengukur cecair tanpa menggunakan standard unit(ℓ)
Bahan                          : gelas, jug besar yang dipenuhi air, sebaldi air, teko air
Langkah-langkah        :
1. membahagikan murid kepada beberapa kumpulan, dan menggalakkan       mereka melakukan pembelajaran secara kooperatif
2. melantik seorang ahli kumpulan sebagai pencatat
3. setiap kumpulan mendapat bahan yang sama
4. mengarahkan murid supaya mengisi air ke dalam jug, baldi dan teko
5. mengarahkan murid membuat anggaran berapakah bilangan gelas yang digunakan untuk mengisi penuh jug besar
6. seorang murid akan menjalankan pengiraan dan mencatat berapakah bilangan yang diperolehi apabila menjalankan pengiraan sebenar
7. ulang aktiviti pada baldi dan juga teko
8. setiap aktiviti akan direkod
9. murid akan membuat perbincangan dan perbandingan bekas yang mana mempunyai kapasiti/jumlah yang lebih banyak dan yang lebih sedikit ataupun paling kurang
10. mengarahkan murid supaya menyusun bekas tersebut daripada yang paling kurang kepada yang lebih banyak.


Contoh borang aktiviti

Bekas
Jug Besar
Baldi
Teko
Anggaran



Ukuran Sebenar











1.         Air di dalam  jug besar dapat mengisi  ___________ gelas.
2.         Air di dalam  baldi dapat mengisi  ___________ gelas.
3.         Air di dalam  teko dapat mengisi  ___________ gelas
4.         Berapakah perbezaan ukuran di antara jug besar dan baldi _______
5.         Berapakah perbezaan ukuran di antara baldi dan teko ________
6.         Berapakah perbezaan di antara jug besar dan teko ______

Aktiviti 2(aras pencapaian rendah)
Hasil pembelajaran      : mengukur cecair tanpa menggunakan standard unit(ℓ)
Bahan                          : gelas, jug besar yang dipenuhi air, sebaldi air, teko air
Langkah-langkah        :
1. membahagikan murid kepada beberapa kumpulan, dan menggalakkan       mereka melakukan pembelajaran secara kooperatif
2. melantik seorang ahli kumpulan sebagai pencatat
3. setiap kumpulan mendapat bahan yang sama
4. mengarahkan murid supaya mengisi air ke dalam jug, baldi dan teko
5. guru membimbing  murid membuat anggaran berapakah bilangan gelas yang digunakan untuk mengisi penuh jug besar
6. guru memanatau aktiviti  pengiraan yang dilakukan oleh murid dan mencatat berapakah bilangan yang diperolehi apabila menjalankan pengiraan sebenar
7. ulang aktiviti pada baldi dan juga teko
8. setiap aktiviti akan direkod dengan bimbingan oleh guru
9. murid akan membuat perbincangan dan perbandingan bekas yang mana mempunyai kapasiti/jumlah yang lebih banyak dan yang lebih sedikit ataupun paling kurang dengan bimbingan guru
10. mengarahkan murid supaya menyusun bekas tersebut daripada yang paling kurang kepada yang lebih banyak.

Contoh borang aktiviti
Bekas
Jug Besar
Baldi
Teko
Anggaran



Ukuran Sebenar











1.         Air di dalam  jug besar dapat mengisi  ___________ gelas.
2.         Air di dalam  baldi dapat mengisi  ___________ gelas.
3.        Air di dalam  teko dapat mengisi  ___________ gelas

Sebelum meneruskan aktiviti di atas guru membuat ulangkaji  bersama dengan murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah dengan  menggunakan kad  gambar tentang ukuran penuh, separuh penuh dan kosong (gambaran persepsi). Murid akan menyebut ukuran tersebut berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Contoh Kad
  
Contoh lembaran kerja
Isi tempat kosong dengan perkataan penuh, separuh penuh, kosong



Contoh lembaran kerja
Suaikan jawapan yang betul







 
RUMUSAN
           
Salah satu teknik mengajar adalah dengan menggunakan kaedah belajar melalui permainan. Penggunaan aktiviti permainan ini adalah sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Dengan aktiviti ini murid-murid dapat memperkembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan social mereka. Aktiviti ini akan dapat menghilangkan kebosanan daripada latihan congak dan pelajaran di dalam kelas, kerana ianya dapat menimbulkan perasaan yang gembira dan rekrasi kepada murid disamping dapat memperkukuhkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.

Menurut Jean Piaget di dalam buku Pengajian Matematik menerangkan bahawa, aktiviti permainan dapat memperkuatkan dan memperkukuhkan daya berfikir serta mendorong kanak-kanak member makna dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Dengan erti kata lain tujuan permainan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah untuk mempertingkatkan perkembangan dan menambahkan suasana yang seronok dalam sesi pembelajaran. Ini bererti apabila guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran terutama topic cecair dan isipadu, teknik permaianan dan tunjuk cara amat sesuai diaplikasikan.

Sebagai seorang guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran untuk meningkatkan kefahaman murid dan meyakinkan murid bahawa matematik itu seronok, matematik itu mudah. Dengan cara ini akan dapat meningkatkan motivasi murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Walaubagaimanapun sesi pengajaran itu mestilah mengikuti objektif utama pembelajaran.


RUJUKAN

            Mok Soon Sang(1997) Pengajian Matematik, Kumpulan Budiman, KL.

            Dr Siti Fazlili Abdullah,(2010), HBMT 2103 Teaching Mathematics  Year Two,  Open Universiti Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.

            Prof.Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof.Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr.Rosini Abu, (2009), HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran,Open Universiti Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Huraian Sukatan Pelajaran Mathematics Year 2(2004), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Buku Teks Mathematics Year Two (2010), Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment